Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.
Daisypath Anniversary tickers

Permata Hati Kami

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, May 10, 2011

perkembangan janin

Salam...fuh-fuh ..berhabok betol blog nie...dh lame tol aq x updated...terlampau bz n semangat utk berblog x der..n x larat samer...huhuhu..nie ade sikit info pasal perkembangan baby yg aq copy dr sini 
 Perkembangan Janin
Minggu Perkembangan Janin
0-4 Bersaiz 2 mm panjang. Otak, saraf dan tanda muka telah mula terbentuk
4-8 Organ-organ lain mula terbentuk, antaranya tulang muka, mata dan warnanya, jari kaki dan tangan juga mula kelihatan. Pada minggu ke enam jantung mula berdenyut.
8-12 Organ utama bayi telah terbentuk. Saiz kepala bayi adalah lebih besar untuk menampung saiz pembesaran otak. Bentuk hidung, dagu dan kelopak mata telah sempurna. Bayi anda akan mula menendang secara lembut.
12-16 Dengan menggunakan ultrasound bunyi jantung boleh didengar. Pada masa ini juga saluran penafasan nya telah terbentuk. Bayi anda boleh  menyatakan perasaannya dengan mimik mukanya. Bulu mata, bulu kening serta rambut mula tumbuh. Bayi anda boleh memusingkan kepalanya dan membuka mulutnya.
16-20 Bayi anda berupaya bertindak-balas dengan suara anda. Bayi anda juga boleh menghisap ibu jarinya. Deria rasanya juga telah berkembang dan mampu membezakan rasa pahit dan manis. Cap jarinya sedang terbentuk dan disaluti dengan bulu-bulu halus yang dikenali sebagai "lanugo"
20-24 Badan bayi masih kurus, tapi saiz kepala dan badan telah seimbang. Tulang-tulangnya mula mengeras. Kemaluannya telah terbentuk. Bayi anda telah mula mepelihatkan motion pernafasan. Bayi anda telah mempunyai paten tidurnya tersendiri 
24-28 Bayi anda mula sensitif dengan bunyi dipersekitarannya, ia juga dapat mengenali suara anda. Kadar denyutan jantung bayi anda akan meningkat sekiranya ada bercakap. Pada ketika ini juga bayi anda sedang mempersiapkan dirinya untuk dilahirkan. Lemak mula terbina dibawah kulitnya, rambutnya mula tumbuh, kelopak matanya terbuka dan otaknya mula aktif.
28-32 Bayi anda telah sempurna pembentukannya, bayi anda boleh mengelipkan matanya. Pergerakannya semakin berkurangan kerana berat badanya makin bertambah. Kepalanya tertumpu ke bawah. Kerongkongnya belum lagi matang pembentukannya namun ia mempunyai peratusan yang tinggi untuk selamat jika dilahirkan diwaktu ini.
36 Bayi anda bersedia untuk dilahirkan, bayi anda melakukan latihan penafasan, mengulum dan menelan. Bulu-bulu lembut pada badannya mulai hilang. Dan kedudukan kepala bayi adalah pada pelvis. 

No comments:

Post a Comment

sahabat

Kenangan Terindah