Mohon Anak Dalam Kandungan Sihat & Selamat

Ya Allah..
Lindungilah zuriatku selama dia berada di dalam kandunganku dan berikanlah dia sihat..

Engkaulah yang Maha Menyembuh dan tiada sembuh melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.



Ya Allah..
Jadikan ia dengan rupa paras yang cantik dan baik serta tetapkan hatinya dalam iman kepadaMu dan utusanMu.



Ya Allah..
Lahirkan ia daripada perutku dengan senang dan selamat. Berikan ia kesihatan yang baik, kepandaian dan kesempurnaan akal fikiran serta berilmu dan beramal.



Ya Allah..
Lanjutkan usianya, sihatkan tubuh badannya, baikkan tingkah lakunya, lancarkan pertuturannya, merdukan suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad dan segala pujian untuk Tuhan sekalian alam.
Amin.
Daisypath Anniversary tickers

Permata Hati Kami

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 30, 2010

kek pandan-mat gebu

* BAHAN2 UNTUK KEK:-
* 5 biji telur Gred A
* 160 g gula
* 125 g tepung gandum*
* 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
* 75 g minyak jagung
* 15 g ovallate
* 1 camca teh paste pandan
* 2 camca besar susu segar/cair
* BAHAN2 UNTUK KASTARD:-
* 1050 g santan
* 225 g gula
* 10 g serbuk jelly
* 1 camca teh paste pandan
* 100 g tepung Hoen Kwee (warna hijau)
* 75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian tapis)
* Secubit garam

Cara-cara

1.
Step_by_step_117
UNTUK KEK:- Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.
2.
Step_by_step_118
Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega.
3.
Abcd0019
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhg tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci. Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping.
4.
Abcd0018
UNTUK KASTARD:- Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas. Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Mastikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.
5.
Abcd0017
UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN:-

Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong. Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek. Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard.
6.Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. Keluar kan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.
7.Bahagian yg ber kastard tu di atas dan kek dibawah. Ini bermakna kek nie dimulai dgn bhg kastard dan akhir dgn kek..
8. Satu petua....gunakan tin utk membakar kek tadi, cuci tapi tak payah guna sabun, cuma buang kerak2 yg tertinggal, lepas tu keringkan, kerana saki baki mentega yg kita guna utk mengris tin tu masih ada dan ini memudahkan kek yg telah dilapis dgn kastard utk dikeluarkan...

No comments:

Post a Comment

sahabat

Kenangan Terindah